Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seiring dengan perkembangan teknologi yang pantas hari ini, kami mengambil inisiatif dengan lebih intensif dalam bidang pembangunan laman web. Ianya juga selari dengan kepakaran dan pengalaman yang kami miliki dan telah melatih ribuan usahawan dan kakitangan dalam pembangunan laman web samada dari sektor kerajaan, swasta atau individu.

Saingan perniagaan semakin besar pada hari ini. Namun ia sepatutnya tidak menjadikan halangan. Anda senagai usahawan perlu mencari jalan untuk bersaing secara positif di pasaran.

Oleh yang demikian anda tidak boleh mengabaikan medium pemasaran Internet yang berkembang pantas hari ini. Sekiranya anda tidak cepat menggunakan peluang ini, maka akan akan jauh ketinggalan satu hari nanti.

Anda juga perlu menyediakan satu ‘platform’ kepada pelanggan supaya produk-produk anda boleh dibeli terus secara online. Trend masa kini ramai rakyat Malaysia selesa membeli secara online dari rumah atau di tempat kerja.

Anda perlu mengambil langkah pertama dengan memiliki laman web untuk perniagaan mereka. Ini langkah yang sangat penting sebelum langkah-langkah yang seterusnya. Laman web yang anda miliki pula mestilah bergaya profesional dan korporat agar melambangkan imej dan profesionalism mutu perkhidmatan syarikat anda kepada prospek atau pelanggan.

Oleh kerana pembangunan sesebuah laman mengambil masa, saya sangat mencadangkan anda untuk mengupah atau membayar saja kepada mana-mana syarikat untuk membinanya. Janganlah anda membinanya sendiri. Hakikatnya ia mengambil masa untuk menyiapkannya. Banyak perkara yang anda perlu pelajari. Oleh itu lebih baik anda melaksanakan kerja-kerja lain yang lebih penting untuk memajukan perniagaan anda atau menambah kantung duit syarikat anda.

Namun demikian, anda perlu berhati-hati dalam memilih mana-mana individu atau syarikat untuk membangunkan laman. Jika tersalah pilih anda akan kerugian wang ringgit dan masa. Anda mungkin akan mengalami masalah “web tak siap, duit dah bayar tapi orangnya entah ke mana?”

Oleh itu, syarikat LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menyediakan kemudahan ini dan anda tidak akan menghadapi masalah seperti di atas. Syarikat saya komited dalam menyediakan perkhidmatan ini di mana saya mempunyai pasukan pembangun laman web yang profesional dan bekerja sepenuh masa di pejabat urusan syarikat di 1 Puchong Business Park, Selangor. Syarikat juga mempunyai pejabat cawangan di Puchong Prima.

Semoga dengan adanya perkhidmatan ini dapatlah kami membantu anda memiliki laman web untuk perniagaan anda dan anda tidak akan tertipu dan membazir masa lagi.

Selamat Maju Jaya.

Wassalam.

ikhlas,

Tanda-Tangan-Zaki-Yusof

Pengarah Urusan
LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd

Facebook